Apakah perbezaan antara takaful dan insurans konvensional?
Terdapat beberapa perbezaan antara Operasi Takaful dan insurans
konvensional adalah berdasarkan prinsip-prinsip kebersamaan, di mana
setiap peserta membuat sumbangan untuk dana takaful. Sekiranya terjadi
kerugian, peserta akan menerima jumlah tuntutan tersebut. Tidak seperti
insurans konvensional, di mana risiko dipindahkan daripada pemilik
insurans kepada syarikat insurans, risiko takaful dikongsi bersama-sama
oleh para peserta.
Perbezaan antara takaful dan insurans konvensional adalah seperti jadual berikut:
Jadual: Perbezaan antara takaful dan insurans konvensional
Bil
|
Perkara
|
Takaful
|
Insurans
|
1
|
Konsep
|
Berasaskan semangat kerjasama dan tolong- menolong (ta’awun) dan tabarru'
|
Semata-mata berdasarkan faktor-faktor komersial
|
2
|
Akad
|
Wakalah, mudharabah
|
Jual beli
|
3
|
Prinsip
|
Bebas daripada 'riba', 'gharar' dan 'maisir'
|
Banyak terlibat dengan 'riba, 'gharar', dan 'maisir'
|
4
|
Operasi
|
Di pantau oleh Majlis Penasihat Syariah (SAC)
|
Tiada Majlis Penasihat Syariah (SAC)
|
5
|
Keuntungan
|
Keuntungan akan dikongsi antara pengendali (syarikat) dan peserta berasaskan Mudharabah
|
Mempraktikkan riba (faedah)
|
http://www.islam.gov.my/muamalat/faq/apakah-perbezaan-antara-takaful-dan-insurans-konvensional
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.